Akaun ypi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TAJA KHIDMAT VAN MOBILITI UNTUK OKU

TAJA KHIDMAT VAN MOBILITI UNTUK OKU

VAN MOBILITI PRIHATIN

Van Mobiliti adalah perkhidmatan pengangkutan lengkap dengan sistem hidraulik yang dapat membantu golongan berkerusi roda untuk bergerak ke lokasi tujuan tanpa perlu mengangkat pengguna dengan kudrat pengiring. Selain meringankan beban pengiring, pengguna merasa lebih selamat dan mampu bergerak dengan lebih mudah dan berdikari. Kemudahan pengangkutan ini telah mula beroperasi sejak Ogos 2019. Sebanyak RM105,000 telah dibelanjakan untuk pembelian dan modifikasi van mobiliti ini.

Bermula sejak pengoperasiannya sehingga kini (hampir 2 tahun), lebih RM50,000 telah digunakan untuk kos pengurusan van yang meliputi elaun pemandu, kos petrol, penyelenggaraan serta cukai dan insurans. Secara purata, setiap bulan kami memerlukan dana sekurang-kurangnya RM2,000 untuk keseluruhan pengoperasian van ini.


BAUCER PENGANGKUTAN OKU ASNAF

Pada Mei 2019, pihak Agrobank telah menaja 50 orang pengguna van mobiliti ini sebagai pencetus pemberian baucer dengan kadar RM500 bagi setiap baucer. Semua penerima baucer yang terdiri daripada golongan asnaf layak menggunakan kemudahan yang disediakan untuk ke mana-mana destinasi termasuk klinik, hospital, agensi kerajaan dan sebagainya.

Terima kasih kepada kepada pihak Agrobank sebagai penaja pertama pakej baucer yang telah memberikan sinar dan membantu ramai OKU menggunakan perkhidmatan mobiliti ini. Rata-rata pengguna van begitu menghargai pemberian ini dan mereka sangat memerlukan bantuan kita.

Pihak YPI juga turut membantu beberapa pengguna OKU yang bukan beragama Islam dengan mencari sumbangan lain bagi menampung kos perkhidmatan tersebut.


JOM BANTU WARGA EMAS DAN ORANG KURANG UPAYA DALAM KATEGORI ASNAF ATAU MEMERLUKAN 

Setiap hari pasti ada yang menghubungi kami bertanyakan adakah bantuan untuk pengangkutan ke Hospital secara percuma. Rata-rata mereka yang ingin menggunakan kemudahan ini adalah daripada golongan yang kurang mampu.

Mari bersama kami meringankan beban mereka dengan menyumbang serendah RM10 kepada tabung Baucer Pengangkutan OKU. Apabila mencukupi nilai sumbangan RM500, baucer akan diserahkan kepada seorang OKU atau warga emas yang memerlukan. Sumbangan anda akan dapat menampung kos pengangkutan bagi warga emas dan orang kurang upaya yang terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayat mereka.