Akaun ypi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TUNAI HAJAT - KAK HUSNI

TUNAI HAJAT - KAK HUSNI
SLOT TUNAI HAJAT - KAK HUSNI
BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Wanita berusia 42 tahun yang dikenali sebagai Kak Husni (bukan nama sebenar) ini menghadapi masalahan pernafasan yang menyebabkan beliau terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantu pernafasan (oxygen concentrator). 

Kadar oksigen beliau sering jatuh ke tahap yang sangat membimbangkan sehingga memerlukan bantuan mesin terutamanya ketika sedang tidur. 

Mesin yang beliau gunakan sebelum ini adalah hasil sumbangan pihak tertentu namun telah rosak dan belum dapat dibaiki kerana kekangan alat gantian.

Baru-baru ini beliau dikejarkan ke hospital oleh suami beliau kerana menghadapi masalah pernafasan yang kronik pada waktu malam. 

Setelah 1 minggu rawatan di hospital, beliau kembali ke rumah dan perlu mengehadkan pergerakan disebabkan masih tiada alat ganti yang mampu diganti. Sekalipun pergerakan ke tandas juga menjadi terlalu sukar dan mengganggu pernafasan beliau. Suami yang tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada isteri tercinta mencadangkan agar beliau mengenakan lampin pakai buang. 

Kos untuk mendapatkan alat ganti "oxygen concentrator" tersebut menelan belanja sebanyak RM 3,900.00. Tidak termasuk dengan kos pembelian lampin pakai buang dewasa yang digunapakai oleh beliau menyebabkan tanggungan keluarga ini semakin meninggi. 

Tiada apa yang diharapkan oleh beliau melainkan untuk mendapatkan mesin tersebut dengan kadar yang segera. 

Pada anda yang ingin membantu, boleh membeli slot waqaf untuk Kak Husni ini sebanyak RM10 setiap slot.
Yayasan Prihatin Insan (YPI) hanya membuka 390 slot sahaja untuk memenuhi hajat beliau mendapatkan alat ganti bagi "oxygen concentrator" ini.


Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari qiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari qiamat.
(HR Bukhari No: 2262)