RUMAH HARAPAN NUR AAFIYAH (RUMAH LATIHAN OKU)

PUSAT JAGAAN OKU (RUMAH HARAPAN NUR AAFIYAH)
Sesuai dengan namanya "Aafiyah", rumah ini dibina sebagai rumah latihan berkonsepkan bimbingan rakan senasib untuk OKU fizikal yang mengalami kecederaan saraf tunjang. Ia diasaskan bersama dengan pasangan OKU, Mohd Nazri dan Azlina Zakaria yang kedua-duanya juga adalah penderita kecederaan saraf tunjang. Terletak di Taman Amansari Rahman Putra, rumah latihan ini begitu menjadi inspirasi kepada OKU yang lain kerana konsepnya yang menekankan aspek pemulihan untuk berdikari.
Pelatih-pelatih di sini akan diberikan latihan dan bimbingan bagaimana untuk menguruskan kehidupan secara berdikari termasuk menyediakan keperluan makan, membasuh pakaian dan mengemas rumah dengan kaedah yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.
Juga menjadi keutamaan bagi pelatih adalah mengikuti latihan-latihan rehabilitasi termasuk aktiviti regangan dan pemanasan badan bagi menguatkan otot-otot kaki dan tangan, aktiviti untuk keseimbangan badan serta latihan memindahkan diri daripada kerusi roda secara sendiri.
Segala aktiviti yang disusun adalah dengan tujuan untuk menyiapkan pelatih agar mampu menyediakan keperluan diri dengan sendiri.
Operasi Rumah Harapan Nur Aafiyah akan dimulakan semula selepas Aidilfitri (Jun 2021), insyaAllah.
Sumbangan serendah RM10 untuk setiap slot.
Rumah latihan ini memerlukan komitmen bulanan sekurang-kurangnya RM4,500 sebulan untuk segala keperluan sewa, makan dan pengoperasian. Sumbangan khusus bagi rumah ini amat kami hargai demi memastikan kelangsungan pengoperasiannya.
Anda boleh pilih jumlah slot yang diingin disumbangkan bagi operasi Rumah Harapan Nur Aafiyah.
Sila cetak resit akhir pembayaran melalui emel anda untuk pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).