
Program “OKU Sahabatku” Fun Run adalah antara program anjuran bersama Yayasan Prihatin Insan (YPI) yang berimpak tinggi pernah dianjurkan. Kali pertama ia diadakan pada tahun 2017 melibatkan kira-kira 300 orang peserta kurang upaya pelbagai kategori bersama dengan orang awam di Taman Metropolitan, Kepong.
Pada tahun 2019, YPI bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan OKU Sahabatku Fun Run kali kedua sempena Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kuala Lumpur. Penganjuran kali kedua begitu bersejarah apabila dirasmikan oleh Menteri Wilayah serta telah berjaya mengumpul kira-kira 500 penyertaan orang upaya dan kurang upaya.
Atas permintaan dan respon yang sangat positif
daripada semua pihak yang terlibat, “OKU Sahabatku” Fun Run 3.0 pada kali ini dijadualkan
pada 4 Disember 2022 di Taman Tasik Cyberjaya. Program ini dilihat sebagai satu
medan yang begitu baik untuk mengurangkan jurang dalam kalangan orang awam dan
golongan OKU selain memupuk sikap bertanggungjawab kepada masyarakat sekeliling
untuk mewujudkan sistem nilai sokongan serta persekitaran yang baik lagi mesra
OKU.
Program “OKU Sahabatku” Fun Run ini juga
dianjurkan bersempena dengan pengumpulan dana untuk van mobiliti OKU, sebuah
pengangkutan khusus bagi golongan OKU jenis fizikal yang lengkap dengan sistem
hidraulik untuk memudahkan pengguna berkerusi roda bergerak dari suatu tempat
ke suatu tempat yang lain. Kemudahan hidraulik dapat meringankan beban
pengiring OKU selain pengguna berkerusi roda dapat menguruskan dirinya dengan
lebih selamat dan berdikari.
Penganjuran lebih bermakna dengan penglibatan pelbagai jenis agensi kerajaan dan swasta serta NGO seperti:
Penganjur Bersama :
- Yayasan Prihatin Insan, Yayasan ZuriatCare & Big & Growth Media
Rakan Penaja/Kerjasama:
- Skuad Muda Prihatin, Majlis Perbandaran Sepang, IPD Sepang, IM Global Property Consultants Sdn Bhd, FAMA Malaysia, BubblesO2
PENDAFTARAN
Untuk mendaftar sebagai peserta, sila isi makluman di bawah serta buat pilihan pakej mengikut saiz tshirt. Terdapat empat (4) pakej produk ditawarkan seperti berikut:
1. PAKEJ SAHABAT OKU (ORANG UPAYA) : RM80 RM70* seorang
2. PAKEJ KANAK-KANAK : RM40 RM30* seorang
3. PAKEJ ORANG KURANG UPAYA (OKU) : RM40 RM30* seorang
4. PAKEJ KELUARGA (2 DEWASA + 2 OKU/KANAK-KANAK) : RM200 RM190* (4 orang) - Sila hubungi (WA) 013-366 0599 untuk maklumkan saiz tshirt yang dipilih.
*Harga promosi early birds untuk pendaftaran 200 terawal sahaja.
Saiz baju tersedia untuk:
- Dewasa : XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL & 5XL
- Kanak-kanak : XS (Age 1-2), M (Age 3-4), L (Age 5-6), XL (Age 7-8), 2XL (Age 9-11) & 3XL (Age 12-14)
Semua saiz adalah terhad mengikut "siapa cepat dia dapat" ! :)
Sila masukkan saiz pilihan dalam ruangan yang disediakan.
Pihak Penganjur akan sentiasa update makluman dari masa ke masa terutamanya berkenaan lokasi dan masa pengambilan baju yang dijadualkan pada 27 November dan 3 Disember 2022.