Akaun ypi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TABUNG PRIHATIN & BANTUAN PEK MAKANAN ASAS

TABUNG PRIHATIN & BANTUAN PEK MAKANAN ASAS

BANTUAN KEMANUSIAAN AKIBAT PANDEMIK COVID19


Yayasan Prihatin Insan begitu mengalu-alukan sumbangan Tuan/Puan dermawan untuk mereka yang amat terjejas disebabkan PKP dan COVID-19.


Bantuan yang kami tawarkan termasuklah:

1. Beg Kongsi Rezeki

Pek Makanan Asas Bernilai RM100 yang mengandungi keperluan seperti beras, minyak masak, bihun, kicap, telur, ayam, biskut, susu manis, kopi, teh, bawang atau rempah. (Jenis barangan yang terkandung adalah tertakluk kepada kesediaan stok dan harga barangan semasa.)

2. Tabung Prihatin Kemanusiaan

Inisiatif ini wujud apabila kami mendapati terlalu ramai yang memerlukan sokongan dari sudut bantuan pembayaran sewa rumah, tunggakan bil, keperluan perubatan termasuk lampin pakai buang dan susu serta bantuan tambah nilai untuk anak-anak pelajar yang menjalani PDPR. Bantuan ini diberikan sama ada dalam bentuk barangan atau dalam bentuk pembayaran secara terus kepada pemilik rumah/bilik sewa, pembayaran bil terus kepada SYABAS/TNB dan pemberian kad tambah nilai.  


Semua permohonan bantuan ini hanya diberikan kepada mereka yang telah dikenalpasti benar-benar layak menerima. Ziarah dan siasatan akan dilakukan sebelum sebarang keputusan diambil.


SEKALUNG PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih kami dahulukan buat semua penyumbang. Kami hanyalah pemegang amanah Tuan/Puan yang bertanggungjawab bagi memastikan sumbangan yang diterima akan dapat dikongsi dengan mereka yang benar-benar memerlukan.

Semoga segala inisiatif dan amal baik kita dinilai sebagai amal kebajikan di sisi Tuhan.

ANDA MEMBERI, KAMI MENYAMPAIKAN