Akaun ypi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

RAYUAN BAIK PULIH RUMAH ASNAF

RAYUAN BAIK PULIH RUMAH ASNAF

PONDOK SAUDARA KITA DI PERKUBURAN CINA

Siapa sangka di tengah perkuburan Cina terdapat pondok buruk yang didiami oleh 3 orang Melayu Islam? Terpaksa menumpang atas ihsan insan-insan prihatin walaupun berlainan bangsa dan agama sejak lebih 15 tahun yang lalu.


Pondok sudah semakin teruk keadaannya. Dinding tinggal menunggu masa untuk jatuh. Beam bawah rumah juga menunggu giliran untuk rebah. Musim tengkujuh yang bakal tiba semakin meresahkan hati penghuninya. Tiap kali hujan, tandas ditenggelami air. Besen-besen disusun di bawah atap yang bocor.

Tidak sanggup rasanya melihat masih ada insan yang tinggal dalam keadaan begini.


PROGRESS TERKINI

Alhamdulillah, hasil sumbangan and semua, sebahagian besar proses baik pulih telah dilaksanakan. Sukarelawan telah menukar atap yang baru, memperbaiki semula saluran paip dan kumbahan, menggali serta menanam tangki septik dan membina semula bilik air untuk kegunaan penghuni rumah dengan lebih selesa.

Sebanyak RM12,000 telah dihabiskan untuk baik pulih rumah ini. Semua kos pembaikan dan pembinaan adalah hasil derma para penyumbang yang prihatin terhadap nasib saudara kita ini.


Untuk menyelesaikan kerja-kerja berbaki iaitu menukar dinding rumah yang telah reput, kami masih memerlukan sumbangan sekurang-kurangnya RM8,000 lagi bagi pembelian kayu dan tiang rumah termasuk upah mereka yang akan bergotong-royong memasang dinding  sebelum kedatangan Aidilfitri. 


RAYUAN SUMBANGAN

Tuan/Puan budiman dan dermawan,

Mahukah bersama kami menumpang amal kebajikan untuk membaik pulih keadaan rumah 3 beranak ini? Sekadar yang mampu walaupun hanya RM10 daripada anda yang ikhlas hati, ia adalah satu bentuk investment apabila kita menemui Tuhan.


Yayasan Prihatin Insan berhasrat untuk membantu keluarga ini dengan sokongan Tuan/Puan semua. Anggaran kos yang diperlukan dalam lingkungan RM15K hingga RM20K untuk bina semula tandas, memperbaiki sistem pembentungan, menukar dinding yang yang reput serta atap yang sudah teruk dan memperbaiki beam rumah. 


Kami mengajak Tuan/Puan bersama kami seperti dalam Syair Imam Al-Suyuti:


“Apabila anak Adam meninggal,

maka mengalirlah kepadanya sepuluh perkara;,

Ilmu yang disebarkannya, doa anak yang soleh,

pohon kurma yang ditanamnya serta sedekahnya yang mengalir,

Mushaf yang diwariskan dan menjaga perbatasan sempadan,

Menggali telaga, mengalirkan sungai,

Rumah untuk musafir yang dibangunnya

atau mendirikan tempat ibadah.”


Infaq dan sumbangan ikhlas Tuan/Puan boleh dibuat melalui pembelian pakej sumbangan di bawah menggunakan sistem perbankan atas talian atau secara deposit ke mesin ATM/CDM berdekatan.


Setiap sumbangan wang tunai yang diterima layak mendapat resit pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 LHDN. Tuan/puan boleh hubungi kami di talian 013-366 0599 untuk makluman lanjut.