Akaun ypi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

BANTUAN COVID19 - BEG KONGSI REZEKI & DAPUR PRIHATIN

BANTUAN COVID19 - BEG KONGSI REZEKI & DAPUR PRIHATIN

REALITI RAKYAT

 

"Kak..boleh tak saya nak minta sumbangan makanan sikit.. Anak-anak lapar.. Kami dah habis simpanan..Kami tak minta duit.. kami nak minta makanan je.."


Kami menerima aduan permohonan sebegini berkali-kali sehari. Mereka tak minta wang untuk berbelanja mewah.. Hanya sekadar keperluan mengisi perut yang lapar !!

Allahu… Di saat kita masih boleh belanja RM200 untuk stok seminggu bagi keluarga tersayang, sanggup kita biarkan mereka lapar.. Nasi kosong dan telur cukup mewah bagi mereka. Dapat kicap sebagai perasa pun dah cukup seronok bagi anak-anak mereka. 

Lupakah kita pada pesan Nabi?

 "Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila dia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam keadaan kelaparan." [HR Bukhari]


YAYASAN PRIHATIN INSAN

Sehingga Jun 2019, kira-kira RM305,020.00 jumlah sumbangan orang ramai telah diagihkan semula kepada golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya melalui aktiviti-aktiviti ziarah dari rumah ke rumah sama ada di musim perayaan atau ziarah kasih yang menjadi rutin bulanan.

Dalam kerjasama antara Yayasan Prihatin Insan (YPI) dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sehingga Februari 2020, sebanyak RM70,290 jumlah nilaian sumbangan daripada usahawan dan orang ramai telah diagihkan melalui program Jom Kongsi Rezeki yang telah diperkenalkan sejak Ogos 2019.



BANTUAN COVID19 - BEG KONGSI REZEKI

Sentiasa merasa tanggungjawab untuk memastikan sumbangan yang disalurkan melalui kami sampai kepada orang yang benar-benar memerlukan, YPI turut sama menjejaki insan-insan yang terputus bekalan makanan akibat wabak COVID19. Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat dirasai oleh begitu ramai rakyat Malaysia yang selama ini hanya bergantung kepada rezeki harian.

 

Sehingga kini YPI telah menyalurkan sumbangan Beg Kongsi Rezeki kepada lebih 600 orang di seluruh Malaysia. Senarai pemohon sumbangan masih meningkat dari hari ke hari dan dijangka akan terus meningkat terutamanya dalam keadaan krisis ekonomi yang bakal melanda di serata dunia.

 

Kami menyasarkan sekurang-kurangnya 5,000 Beg Kongsi Rezeki dapat diedarkan sehingga berakhir wabak COVID19 ini. Justeru, ia memerlukan sumbangan sekurang-kurangnya RM250,000 bagi memenuhi keperluan ini.



BANTUAN COVID19 - DAPUR PRIHATIN

Atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan umat Islam, YPI dengan kerjasama Persatuan 5K Komuniti Pandan (P5KKP) Selangor turut membantu para asnaf, gelandangan dan pelarian dengan membuka Dapur Prihatin yang akan memberikan pek-pek makanan siap masak untuk juadah sahur. Sebanyak 250 orang dijangka akan mendapat manfaat daripada tajaan juadah sahur dan berbuka daripada Dapur Prihatin sehingga tamat PKP. Justeru, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM800 sehari untuk menampung keperluan ini.

 

KANDUNGAN BEG KONGSI REZEKI

1.    Beras 5kg

2.    Bihun

3.    Kicap

4.    Sardin

5.    Susu manis

6.    Gula

7.    Minyak

8.    Tepung

 

KAEDAH MENYUMBANG

Tuan/Puan boleh menyumbang dengan kaedah yang disertakan di ruangan Butiran Pembayaran di bawah:

 

1.    Online Transfer melalui link Maybank2u / CIMB Clicks yang diberikan atau CDM dengan memasukkan no akaun Yayasan Prihatin Insan seperti berikut:

 

MAYBANK 5647 9910 6040

CIMB ISLAMIC 860 263 1618

Sila masukkan rujukan “BKR C19” dan isikan maklumat pembayaran serta salinan slip pembayaran.

 

2.    Perbankan dalam talian & Kad Kredit / Debit melalui system FPX (ToyyibPay).

Cas pengendalian sebanyak RM1 dikenakan bagi setiap transaksi menggunakan kaedah ini.

 

Setiap pembelian pakej sumbangan layak dikecualikan daripada Cukai Pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan LHDN 1967.

Sila cetak emel Pengesahan Pembayaran dan resit yang dihantar ke emel Tuan/Puan untuk menuntut pelepasan cukai tersebut.

 

 

TERIMA KASIH

 

Setiap sumbangan yang dikongsikan bakal memberikan kelegaan dan kegembiraan buat mereka yang terjejas akibat COVID19.

Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan kedermawanan Tuan/Puan.

Tuan/Puan boleh menghubungi talian 013-3660599 untuk sebarang makluman lanjut.