MISI BANTUAN PRIHATIN BANJIR PANTAI TIMUR 2021

Sayunya hati melihat mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.. Ribuan saudara-saudari kita di Pahang, Terengganu dan Kelantan terjejas.. Banyak perabot dan keperluan rumah musnah perlu diganti semula.. Kawasan yang sudah kering memerlukan tenaga untuk pembersihan lumpur..
Sanggup kita melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa?
Hati kecil mereka merayu supaya bantulah walaupun sedikit... Walau dengan tenaga sebagai sukarelawan membersihkan rumah..
YPI mengalu-alukan apa sahaja bentuk sumbangan daripada semua pihak.
1. Barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung dan sebagainya untuk mereka mulakan kehidupan semula selepas surut.
2. Pakaian sementara dalam keadaan masih ditenggelami air dan sebelum proses mencuci selesai termasuk ada warga emas dan kanak-kanak yang memerlukan pampers serta wanita yang memerlukan tuala wanita.
3. Keperluan membersihkan diri seperti sabun, berus gigi, ubat gigi dan tuala mandi.
4. Keperluan mencuci pasca banjir seperti sabun, berus, water jet dan sebagainya.
5. Keperluan barangan dapur seperti dapur memasak dan kuali / periuk.
6. Bantal, tilam dan apa sahaja sumbangan untuk alas tidur yang semuanya musnah akibat banjir.
7. TENAGA SUKARELAWAN untuk proses pembersihan.
Sumbangan dalam bentuk WANG TUNAI, BARANGAN dan TENAGA SUKARELAWAN amat dialu-alukan.
Hubungi 013-366 0599 atau 013-628 5347 untuk makluman lanjut dan tuntutan resit pelepasan cukai LHDN.
InsyaAllah, bersama kita turun membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.